Friday, January 21, 2011

Hey pengawas!

Eh,macam dah lama je tak update blog kan?Amacam,rindu tak?Hehehe.Boleh lempang laju-laju la kan kalau ada yang rindu.Hari ni pun sebenarnya macam malas je nak update.Eh,sebenarnya hari-hari pun malas.Cuma hari ni percent kemalasan tu berkurangan sikit.So,boleh la nak taip sepatah dua perkataan.Huahua.

Ok,hari Sabtu.Aku jamin semua dah pikir nak qada' tidur yang tertunggak kan?Jangan tipu la.Haha.Sebabnya aku pun sama.Tapi,dalam mimpi je la.Sebabnya hari ni aku kene pergi sekolah.Buat apa?Ada kursus.Eh ko cikgu ke nak pergi kursus segala?Bukanlah!Hari ni ada Kursus Pengurusan Pengawas Cemerlang.Ye,aku pengawas.Tapi sengal sikit sejak naik sekolah menengah.

Dulu masa sekolah rendah,nak kawal pelajar sangat senang.Senang cerita kalau budak-budak sekolah rendah ni nampak pengawas macam nampak polis ok.Pengawas masuk je kelas tak payah cakap diam.Semua dah diam sambil kebil-kebil mata tengok apa akak pengawas ni nak buat.Nak cakap pun takut-takut.Padahal tak de la kita orang ni nak marah pun.Paling takut sekali bila nampak pengawas keluarkan buku catatan dengan pen.Wah,mesti ada nama yang jadi mangsa (diorang fikirla).Walaupun sebenarnya cik pengawas ni cuma nak tulis laporan harian dalam buku tu.Very nice :D

Bila naik sekolah menengah suasana dah tak sama.Budak pulak bukan macam budak sekolah rendah yang takut-takut lagi.Semua dah perasan bagus walaupun spender pun mak bapal belikan lagi.Setakat pengawas,"Hek eleh,pengawas je pun.Pengetua pun aku tak takut ni kan pulak pengawas!".Tu memang habit remaja kan.Korang jangan tipulah.Aku je kot sengal sikit tetap takut pengawas.Hahaha!Ok.

Situasi-situasi yang mesti aku lalui setiap hari untuk satu tahun:

Situasi 1:Jaga barisan masa perhimpunan
Kalau budak sekolah rendah kita tak payah cakap lagi.Diorang dah tahu macam mana nak masuk baris.Tapi,bila naik tingkatan 1 ke 2 ke diorang dah lupa agaknye cara nak beratur dengan betul.Cik pengawas yang sorang ni pun datang baik-baik,cakap lembut-lembut "tolong masuk barisan ye.beg turunkan.buku catatan keluarkan" kalau budak kelas-kelas pertama tu ok lah paham bahasa.Yang tercongok kat kelas belakang-belakang tu?Diorang memang paham bahasa.Tapi,suka buat-buat tak faham.

Mula-mula dah cakap lembut-lembut.Kali kedua pun lembut.Kali ketiga dia balas "eh,ko ni tak nampak ke kita orang dah beratur.Pengawas je pun.Macam bagus!"(sebenarnya bukan dalam barisan pun).Terus terang aku cakap.Kalau kau anak aku,aku lempang kau sampai mampus kau tau.Nak je balas "kalau aku tak bagus,cikgu tak pilih aku jadi pengawas".Tapi,pengawas kene sabar.Senyum saje la sambil cakap "kalau awak degil saya tarik awak keluar".Dia balas "tak takut pun".So,cepat-cepat pegi belakang tulis nama.HAahaha.Tak termasuk edisi kene maki cibai cibai ngan budak ni.Hoh,banyak citer!Mulut tak de insuran punya budak.

Situasi 2:Jaga kantin
Kene jaga meja .Tengok orang makan.Comel-comel.Malu-malu.Aww!Kalau yang ok tu ok lah.Kalau yang tak ok tu,nak kene sound jugak.Makan macam ayam.Nasi sana sini.Pinggan tak nak angkat.Tinggalkan plastik makanan atas meja.Kalau budak perempuan,tinggal tisu atas meja.Duduk borak-borak sambil minum air soya sampai dah bunyi loceng.Ape kau pikir sekolah itu pub kah?Bila suruh masuk kelas,"kami tau la nak masuk kelas".Dah tau tapi buat bangang kat situ apa kes?Memang bongang lah kau ni.Tapi,maki dalam hati je.Tetap buat-buat senyum :).

Hari-hari kene lalui benda yang sama.Tahun ni nasib baik sebab jaga kelas 3A.Semua faham bahasa.Tak payah nak cakap banyak-banyak kali semua pun tau.Senang sikit kerja kali ni.Tang yang jaga kantin tu still sama.Cuma bezanya tahun ni dapat jaga meja yang kurang glamour.So,yang duduk kat situ pun budak yang baik-baik saja.Oh,amanlah dunia sekejap :P.

Kesimpulannya,nak jadi pengawas kena banyak bersabar.Kena tau cara berkomunikasi yang berkesan.Walaupun sebenarnya aku tak tau.So,aku cuma senyum saje sudah.Aku tau la aku tak lawa.Kau tak payah cakap.Haha.

No comments:

Post a Comment