Saturday, January 8, 2011

Resipi Mufin Aprikot

Bahan-bahan

1 cawan tepung serba guna
1/4 cawan gula
2 sudu teh serbuk soda penaik
1/4 sudu teh garam
2 telur gred A
2 sudu besar minyak Canola
2 sudu besar susu skim
1/2 cawan aprikot kering,lebihkan sedikit 
bagi ditabur di atas mufin
1/4 sudu teh esen badam

Cara-cara
Panaskan ketuhar hingga 350 darjah Fahrenheit.Satukan tepung,gula,serbuk soda penaik dan garam di dalam mangkuk.Pukul telur,minyak dan susu.Kemudian masukkan aprikot kering dan esen badam.Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan kering.Gaul adunan hingga semua bahan kering menjadi lembap.Isikan adunan ke dalam acuan mufin.Bakar adunan mufin di dalam ketuhar selama 20 hingga 30 minit.Apabila mufin siap dibakar,keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas rak jejari.Taburkan hirisan aprikot kering di atas mufin sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba ~

No comments:

Post a Comment